Roti bulan sabit
Roti bulan sabit

Roti bulan sabit

Roti bulan sabit[perlu rujukan] atau juga dikenali dengan nama bahasa Perancisnya croissant [kʁwa'sɑ̃; krua-song]  dengar (bantuan·maklumat) merupakan sejenis roti pai yang berasal dari Perancis dicirikan bentuk yang serupa dengan bulan sabit. Penghasilan roti yang berbentuk sedemikian memerlukan tahap kesabaran kerana ianya dapat memakan waktu dalam tempoh beberapa hari. Ketika ini roti bulan sabit dalam jumlah yang besar biasanya dibuat dengan menggunakan mesin. Terdapat pelbagai cara roti ini dijamukan dari rantau ke rantau: di Perancis, ia biasanya dijual tanpa dimasukkan isinya lalu dimakan begitu sahaja. Di negara-negara lain puka, roti jenis ini ada diisi dengan pelbagai inti seperti coklat, daging dan sebagainya.

Berkaitan